Hello world!

December 1, 2007

Assalamualaikum kepada muslimin, dan selamat sejahtera kepada mereka yang bukan beragama Islam.

 Alhamdullillah, ini adalah mesej pertama yang saya postkan ke web blog saya ini. Telah lama saya bercadang untuk membina web log, dan dengan izin Allah saya telah dapat memulakannya pada malam ini.

Saya mewujudkan laman blog ini, adalah untuk berkongsi (bukan mengajar) pengalaman pengalaman yang telah saya lalui. Mungkin sebahagian dari pengalaman tersebut dapat dimanfaatkan oleh setengah orang, dan mungkin sebahagian pengalaman tersebut boleh dijadikan sempadan untuk sebahagian orang.

Dan saya mengalu-alukan pandangan dari anda semua. Sila beri komen dan cadangan supaya saya dapat belajar dari anda pula.

Advertisements